
TANAH MERAH: Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor yang ditutup akibat tanah runtuh dijangka dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi.
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata laluan tersebut akan dibuka secara berperingkat kepada kenderaan lain kerana pihaknya masih melakukan pemantauan di kawasan insiden tanah runtuh terbabit.
“Kita harap (jalan) akan dibuka dalam seminggu lebih kepada pengguna motosikal. Beri peluang kepada kita untuk teliti dan tengok pergerakan tanah sebab pergerakan masih berlaku.
“Alat pengesan yang kita pasang menunjukkan masih ada lagi pergerakan tanah antara 2mm hingga 4mm yang memerlukan masa untuk pemantauan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Jambatan Kusial,…