
PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelapan bagi mengesan mangsa terakhir ditangguhkan sementara akibat hujan lebat di lokasi pencarian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah memberitahu Bernama, ia ditangguhkan pada 5.30 petang tadi atas faktor keselamatan anggota penyelamat.
Beliau tidak menolak SAR akan disambung semula pada bila-bila masa, selepas keadaan bertambah baik.
Tinjauan Bernama di pos kawasan tempat kejadian (PKTK) setakat 5.55 petang tadi mendapati hujan masih lebat dan keadaan berkabus di kawasan sekitar, manakala anggota penyelamat yang terlibat SAR berlindung di pos kawalan bomba bagi menunggu cuaca reda.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kerja penggalian ulangan SAR kini melebihi…