
PETALING JAYA: Mahkamah Jenayah Bangkok menetapkan 18 Jan ini untuk menentukan nasib ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki, Teow Wooi Huat sama ada dihantar pulang ke Malaysia atau diekstradisi ke China.
Menurut laporan Bernama, pihak berkuasa Malaysia dan China masing-masing mengemukakan permintaan kepada Thailand untuk mengekstradisi ahli perniagaan berusia 55 tahun itu atas dakwaan menipu pelabur melalui skim pelaburan meragukan.
Walaupun ditahan lebih 150 hari, pengasas MBI Group itu tampil penuh bersemangat hari ini dan memberitahu mahkamah bahawa semua pertuduhan yang difailkan pihak berkuasa China terhadapnya “tidak berasas dan palsu”.
“Semua bukti yang dikemukakan (pihak berkuasa China) tidak logik dan tidak berasas.
“Sudah tentu saya tidak mahu dihantar pulang ke China. Saya tidak melakukan apa-apa jenayah di China,” katanya…