
PETALING JAYA: Keinginan mencuba sesuatu yang ekstrem menyebabkan seorang wanita ditahan di rumahnya di Kampung Kuala Linggi, Melaka kerana dipercayai terbabit dalam cubaan menyamun kedai emas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, bertindak atas maklumat, suspek berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang Khamis lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
“Siasatan awal mendapati wanita itu sedang hamil dan mempunyai suami serta tiga anak, selain bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat swasta.
“Dipercayai motif suspek melakukan perkara itu kerana ingin mencuba sesuatu yang ekstrem,” katanya dipetik Bernama.
Klip video kejadian itu yang tular di…