
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) yang menguruskan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
Persoalan timbul mengenai pengambilalihan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) oleh firma dikenali sebagai Hydroshoppe Sdn Bhd, termasuk ketiadaan kenyataan umum dibuat berhubung perkara itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan urusan itu disiasat namun enggan memberikan perincian lanjut.
“Ya, SPRM sudah membuka kertas siasatan. Kami telah memulakan siasatan,” katanya memetik Malaysian Insight.
FMT sudah menghubungi Azam untuk ulasan.
Selasa lalu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata beliau memandang serius isu dibangkitkan di media sosial itu dan akan meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL daripada TM…