
PETALING JAYA: Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan diturunkan mulai 1 Jan 2023.
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, kadar tol diturunkan sebanyak 15 sen bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan) Lebuhraya Besraya.
Bagi Lebuhraya Lekas, kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi sistem tol tertutup, manakala kadar tol kekal bagi sistem tol terbuka, iaitu di Plaza Tol Ampangan.
“Kerajaan dengan sokongan dan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad telah bersetuju untuk menurunkan kadar tol berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 jam 12.01 tengah malam.
“Penurunan kadar tol ini juga…