
KUALA LUMPUR: Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80% daripada varian yang menular di China ketika ini dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat 31 Dis lalu terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.
Bagaimanapun, beliau berkata belum ada data dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian.
“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai subketurunan Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Keturunan Dalam Pemantauan (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi disebabkan oleh…