
PULAU INDAH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Projek pembinaan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu disiap pada Mac tahun ini seperti ditetapkan dalam komitmen asal.
Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan timbalannya Shamsul Anuar Nasarah akan mengikuti perkembangan projek itu secara dekat untuk memastikan pembinaan kapal berkenaan siap dalam masa ditetapkan.
“Namun, jujurnya saya fikir mereka masih perlukan tempoh lagi selepas Mac (tarikh sepatutnya siap kapal OPV 1), (tetapi) tidak lama, tahun ini perlu ada.
“Saya menyebut dengan jelas pendirian kerajaan supaya tarikh serahan ini tidak diubah atau dilanjut pada tempoh yang panjang atas alasan yang kita tidak boleh kompromi,”…