
PETALING JAYA: Seorang wanita yang memandu kereta Mercedes-Benz A-class ditahan kerana mengelak membayar tol sebanyak 45 kali.
Pengendali lebuh raya Prolintas berkata, wanita itu bersetuju untuk membayar tunggakan bayaran tol ketika ditahan. Wanita itu membayar kira-kira RM275.65 untuk semua bayaran tol yang dia cuba elak sebelum ini.
Prolintas dalam satu hantaran di Twitter berkata, wanita itu ditahan di plaza tol Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur baru-baru ini selepas didapati dia mengelak daripada membayar tol sebanyak 45 kali.
Penulis permotoran, Paul Tan berkata, kenderaan yang dipandu wanita itu adalah model lama, di mana pengguna Twitter mengelar wanita itu orang kaya yang kedekut.
Seorang lagi pengguna Twitter berkata: “Model lama, mungkin kereta `second-hand’…