
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) berharap dapat memulihkan 17 sekolah di seluruh Malaysia yang tergolong dalam kategori projek ‘sakit’ sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan memastikan pemulihan disegerakan supaya semua sekolah itu boleh dikeluarkan daripada status projek ‘sakit’.
“Semua 17 sekolah ini sudah dibangunkan dan telah siap 90 peratus, cuma tinggal kerja-kerja akhir yang tertangguh disebabkan beberapa isu seperti kekurangan pekerja asing.
“Kita akan pastikan 17 sekolah ini disegerakan mengikut tempoh masa supaya boleh dipindahkan daripada status projek sakit ke status tender semula,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Keledang Jaya, Changkat dekat sini hari…