Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran 

today15 January 2023

Background



Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran di kedai kasut yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah di Seri Kembangan. (Gambar Bomba)

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di Seri Kembangan, Selangor, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100%.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Harus menang menentang Chile – Arul

Roukela, India: Tiada alasan untuk skuad negara tidak mampu memperoleh kemenangan apabila turun pada aksi kedua Piala Dunia Hoki Piala Dunia Hoki 2023 menentang Chile di Stadium Birsa Munda esok.

today15 January 2023