
PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir tidak menunjukkan sisi matang dalam kepimpinan selepas terburu-buru mengumumkan parti itu keluar Gerakan Tanah Air (GTA), kata timbalannya, Marzuki Yahya.
Beliau berkata, keputusan itu juga tidak dibincangkan bersama pucuk pimpinan tertinggi, sebaliknya Mukhriz hanya mengambil kira pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung Pejuang pada Sabtu lepas.
Katanya, masa depan parti memerlukan hala tuju jelas supaya kekalahan pada PRU15 tidak berulang.
“Saya menerima apa jua keputusan diambil beliau. Cuma, Mukhriz harus beri penerangan terperinci mengapa GTA ditubuhkan daripada terus membuat kesimpulan keluar daripada gabungan ini,” kata Marzuki, lapor Utusan Malaysia.
“Saya kurang bersetuju dengan langkah yang mana jika ada cadangan bersama dengan…