
PETALING JAYA: Umno Terengganu diminta untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan berlaku pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 lalu.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, tindakan itu perlu dirujuk kepada SPR dan SPRM kerana ia adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Saya difahamkan daripada maklum balas Umno Terengganu, ketika kempen PRU15 lalu terdapat individu yang memberikan wang membabitkan RM150 kepada belia, siswa siswi (RM300) manakala RM600 kepada orang kurang upaya (OKU) dan pesara.
“Itu maklum balas oleh Umno Terengganu kepada saya secara peribadi. Masalahnya pemberian berkenaan dibuat beberapa hari sebelum pembuangan undi dilakukan,” katanya lapor Berita Harian.
Beliau…