
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada penyampai radio Ismahalil Hamzah dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu akan diketahui 27 Feb ini di Mahkamah Tinggi di sini.
Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap Ismahalil, maka dia akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya, lelaki itu dilepas dan dibebaskan.
Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh ketika dihubungi hari ini mengesahkan tarikh keputusan itu dan memaklumkan Hakim Muhammad Jamil Hussin dijadual membacakan keputusan pada akhir kes pendakwaan itu pukul 9 pagi.
“Sebelum ini, perbicaraan berlangsung pada 19, 20 dan 31 Okt 2022, kemudian bersambung pada 3 dan 9 Jan…