Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Teruskan angan-angan, Guan Eng beritahu Shahidan

today26 January 2023

Background



Pemimpin DAP menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Lim Guan Eng menepis kenyataan bahawa Perikatan Nasional mampu menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang malah berkata gabungan pembangkang itu boleh teruskan “angan-angan”.

Kenyataannya itu susulan Shahidan Kassim dari PN berkata di Facebook bahawa gabungan berkenaan bersedia “goncang” Pulau Pinang dalam PRN akan datang melihat kepada gelombang PN-PAS yang semakin meningkat.

“Biarkanlah, biarkan dia angan-angan sepuasnya.

“Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di SJK(C) Shang Wu di sini.

Shahidan, yang juga Ahli Parlimen Arau, sebelum ini berkata PN bakal menguasai Kedah, Terengganu dan Kelantan malah mampu meneruskan ke Negeri Sembilan dan Selangor.

“Dan kita akan goncangkan Pulau Pinang…ini kita berjihad kerana Allah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post