Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anwar tak hadir sambutan Thaipusam, jalani pemeriksaan di IJN

today5 February 2023

Background



Anwar Ibrahim berbincang dengan pegawai di pejabatnya selepas menjalani pemeriksaan di IJN hari ini. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan tidak dapat menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Perkara itu turut dimaklumkan Anwar dalam hantaran terkini di Facebooknya.

“Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf, Alhamdulillah,” katanya dalam catatan yang disertakan gambar beliau sedang berbincang dengan pegawainya.

Antara mereka yang kelihatan dalam gambar itu adalah Setiausaha Politik Kanannya, Shamsul Iskandar Md Akin dan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangannya, Nurul Izzah.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika ditemui di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post