
PETALING JAYA: Seorang penganalisis memberi amaran bahawa keputusan Putrajaya mengurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen akan menjejaskan persepsi umum terhadap kerajaan.
Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata, potongan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta itu mampu menjejaskan prestasi Ahli Parlimen dan mencabar untuk golongan itu dari kawasan luar bandar Sabah serta Sarawak.
“Apabila Ahli Parlimen tidak mampu memenuhi pelaksanaan projek, orang awam akan menganggap mereka tidak berkesan, dan ini akan menjejaskan persepsi mereka terhadap kerajaan,” katanya kepada FMT.
Beliau menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula perkara itu, dan memastikan pengurangan elaun berkenaan tidak lebih daripada 50%.
Jumaat lalu, Anwar berkata pengurangan elaun itu bertujuan…