Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM siasat kemungkinan salah guna kuasa dalam kontrak menantu bekas PM

today8 February 2023

Background



Sumber berkata, SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak untuk projek itu diberikan.

KUALA LUMPUR: Sumber mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pemberian satu kontrak lumayan untuk menantu seorang bekas perdana menteri.

Sumber itu yang enggan dinamakan berkata, siasatan agensi anti-rasuah itu memfokuskan kemungkinan berlaku salah guna kuasa berkaitan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS).

“SPRM sedang menyiasat bagaimana kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat itu dengan mereka yang berkuasa ketika itu,” katanya.

Menurutnya, bukti baharu berhubung kes itu muncul, termasuk projek terbabit kini diklasifikasikan “projek sakit” kerana hanya mencapai sedikit kemajuan.

“SPRM mungkin memanggil anggota kanan kerajaan terdahulu sebagai sebahagian siasatannya.”

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi cuba mencadangkan menantu Muhyiddin Yassin mungkin saudara yang tidak dinamakan oleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post