
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tabah menghadapi pelbagai cabaran.
“Terima kasih juga kepada seluruh rakyat beta yang telah hidup dengan penuh kerukunan dan aman damai serta terus gagah menghadapi pelbagai gelora pandemik, kemurungan ekonomi dan kemelut politik yang melanda tanah air,” titahnya ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.
Sultan Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam, termasuk tentera, polis, petugas kesihatan dan kakitangan di agensi kerajaan atas kerja keras mereka.
Di samping itu, baginda menyeru Ahli Parlimen agar menghormati Dewan Rakyat dan mengutamakan pengundi.
“Jagalah nama baik dan kehormatan dewan yang mulia ini; dan berkhidmat…