Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia kerana PAC sebelum ini memutuskan perolehan vaksin dibuat secara teratur.

PETALING JAYA: Kredibiliti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menerusi penerbitan laporan isu perolehan vaksin Covid-19 yang sepatutnya dipersoalkan, bukan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Hisham berkata, ia disebabkan PAC sudah menjalankan prosiding dan memutuskan laporan setebal 521 muka surat bahawa perolehan vaksin itu dibuat secara teratur.
“Perkara ini kita sudah jawab kepada PAC. Ada (laporan setebal) 521 muka surat dan Pengerusi PAC (Wong Kah Woh) pun telah membuat pengumuman dan sebagainya. Jadi, siasatan dan sebagainya telahpun dibentangkan kepada PAC.
“Itu saya kata, kalau kita memberi komen itu (mengenai isu perolehan vaksin Covid-19) akan…