Presiden Persatuan Veteran ATM, Shahrudin Omar mendakwa majoriti veteran tentera kini menjadi kumpulan B40 dan memerlukan pekerjaan.

PETALING JAYA: Pihak berkepentingan dalam pertahanan dan keselamatan negara berharap Bajet 2023 akan menyelesaikan isu berkaitan dengan kebajikan veteran tentera dan polis berpangkat rendah.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Shahrudin Omar mendakwa majoriti veteran tentera kini terjerumus dalam kumpulan berpendapatan rendah B40.
“Saya berharap veteran tentera tidak tercicir dalam inisiatif kerajaan membantu rakyat kerana 80% daripada mereka adalah miskin.
“Mungkin kerajaan boleh menawarkan pekerjaan kepada mereka terutama mereka yang bersara awal di usia 40an,” katanya kepada FMT.
Shahrudin juga mencadangkan Putrajaya membina kemudahan…