Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) dalam soalannya ingin tahu sama ada jawatan itu diberikan secara autonomi kepada universiti untuk mengundi naib canselor mereka.

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada kerajaan akan meneruskan amalan lantikan naib canselor universiti oleh menteri antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, pertanyaan itu akan dikemukakan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) kepada menteri pendidikan tinggi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Beliau juga ingin tahu sama ada lantikan jawatan berkenaan diberikan secara autonomi kepada warga universiti sendiri untuk mengundi naib canselor mereka, susulan keputusan kerajaan tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Turut dibangkitkan adalah pertanyaan Khoo Poay…