Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peniaga tawar Menu Rahmah gesa kerajaan kawal harga bahan mentah

today5 March 2023

Background


Pengusaha makanan mahu kerajaan membantu atau memberi insentif kepada mereka supaya dapat terus menawarkan Menu Rahmah.

Pada Januari, kerajaan melancarkan inisiatif Menu Rahmah, yang menawarkan hidangan berharga RM5, bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Beberapa pengusaha makanan yang menawarkan hidangan Menu Rahmah berharap kerajaan dapat membantu mengawal selia harga bahan mentah bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Seorang peniaga nasi kandar di Shah Alam yang ingin dikenali sebagai Nur Jannah, 36, berkata beliau mungkin hanya mampu menawarkan Menu Rahmah selama empat atau lima bulan lagi tanpa bantuan daripada kerajaan.

“Kalau boleh, harap kerajaan minta pembekal turunkan harga bahan mentah sedikit. Sebaiknya kami dapat manfaat bersama, baik peniaga mahupun pelanggan yang berpendapatan rendah.

“Saya menyahut inisiatif Menu Rahmah ini dengan tujuan membantu orang yang memerlukan, namun saya tak mampu bertahan lama tanpa suntikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post