Ahli ekonomi berkata pembabitan Sarawak dalam projek USD2.6 bilion menjadikan negeri itu kuasa serantau pembangunan kuasa hidro dan tenaga alternatif.

PETALING JAYA: Ahli ekonomi menyambut baik penyertaan Sarawak dalam pembinaan empangan hidroelektrik Mentarang, Indonesia, sambil menyifatkan negeri itu berada pada hala tuju yang betul dengan pembabitannya di wilayah Kalimantan.
Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) Lee Heng Guie, berkata langkah berkenaan mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak sebagai pemain serantau bagi pembangunan kuasa hidro, selain menyumbang dalam inisiatif Grid Kuasa Asean.
Beliau memberitahu FMT, bahawa Sarawak juga berterusan membekalkan lebihan elektrik di peringkat serantau.
Felo Akademi Sains Malaysia Madeline Berhad yang bersetuju dengan Lee,…