Ng bercadang merayu terhadap hukumannya, kata peguam Marc Agnifilo kepada pemberita selepas pendengaran.

NEW YORK: Bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng, dijatuhi hukuman 10 tahun penjara pada Rabu, selepas disabit bersalah kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dari 1MDB.
Pada April lalu, juri Mahkamah Persekutuan New York City di Brooklyn mendapati Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah membantu bekas bosnya, Tim Leissner, menggelapkan wang daripada dana kekayaan itu, mencucinya, dan merasuah pegawai kerajaan bagi mendapatkan perniagaan.
Tuduhan itu bertitik tolak melibatkan kira-kira USD6.5 bilion dalam bentuk bon yang mana Goldman membantu 1MDB, diterbitkan pada 2012 dan 2013. 1MDB diasaskan bagi membiaya projek pembangunan di Malaysia.
Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) berkata, USD4.5 bilion daripada jumlah berkenaan…