James Chin berkata PAS memberi petunjuk sedang mengumpul ‘kekuatan pembangkang’ untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

PETALING JAYA: Penganalisis memberi amaran kenyataan PAS merancang merampas kerajaan tidak boleh dipandang mudah, berikutan petunjuk parti itu yang ingin mengumpul kekuatan pembangkang bagi menjayakan usaha tersebut.
James Chin dari University of Tasmania, berkata memandangkan kerajaan perpaduan kurang mendapat sokongan Melayu, “besar kemungkinan” pentadbiran sedia ada boleh tumbang sebelum mandat berakhir.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia dapat diubah sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Umno mampu “menarik sebahagian sokongan Melayu” menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Kedah, Terengganu, dan Pulau Pinang mesti melaksanakan PRN dalam tempoh empat bulan lagi.
Chin berkata, Pakatan Harapan diterajui Anwar dan Umno…