Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Akmal Saleh ketua Pemuda Umno baharu, kata Asyraf

today11 March 2023

Background


Dr Akmal Saleh juga exco kesihatan dan antidadah Melaka.

Dr Akmal Saleh mendapat 102 undi, melepasi majoriti 96 undi yang diperlukan untuk menerajui Pemuda Umno. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi pemilihan Umno menunjukkan Adun Merlimau, Dr Akmal Saleh memenangi jawatan ketua Pemuda, menurut Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf yang dilantik mengetuai Pemuda Umno pada 2018 selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang, menerusi catatan Twitternya berkata Akmal mendapat 102 undi, melepasi majoriti 96 undi yang diperlukan untuk menerajui sayap itu.

Terdapat 191 bahagian Umno di seluruh negara.

Akmal, yang juga exco kesihatan dan antidadah Melaka, menewaskan Ahli Parlimen Paya Besar dan bekas timbalan menteri kewangan Shahar Abdullah, senator Arman Azha Abu Hanifah dan Meor Hassan Mat Ali.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

JDT jadikan Kelantan FC lubuk tiga mata

Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah meratah Kelantan FC 5-1 untuk memastikan kemenangan keempat berturut-turut dan kekal selaku pendahulu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

today11 March 2023