Selepas mesyuarat dalaman, pemimpin PH akan mengadakan rundingan pengagihan kerusi dengan BN negeri.

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini sebagai persiapan menghadapi PRN tahun ini.
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata mesyuarat itu dijadualkan dihadiri semua pemimpin parti komponen PH bagi membincangkan kerjasama, sebelum rundingan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu.
“Tarikh mesyuarat PH pusat belum ditentukan…kita habiskan mesyuarat dalaman PH negeri (dahulu) yang (dijangka) diadakan pada Ahad 2 April,” katanya pada majlis perasmian Bazar Ramadan Prangin Mall 2023 di sini.
Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, selepas mesyuarat dalaman PH negeri, gabungan itu akan mengadakan perbincangan dan…