Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata proses pengukuhan parti boleh menggunakan pengalaman luas pemimpin lama digabungkan tenaga baharu.

PETALING JAYA: Penganalisis menyifatkan Umno mungkin cuba membawa “suntikan berbeza” dengan melantik bekas pemimpin utama seperti Shahrizat Jalil dan Mahdzir Khalid ke barisan pimpinan walaupun tewas pada pemilihan 18 Mac lalu.
Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata proses pengukuhan parti mungkin boleh disokong menggunakan pengalaman luas kedua-duanya sebagai bekas ketua Wanita dan naib presiden digabungkan tenaga muda seperti Azalina Othman Said serta Asyraf Wajdi Dusuki.
“Lantikan itu bagi Umno bergerak ke hadapan berdasarkan pengalaman kedua-duanya.
“Ia juga melengkapi antara golongan lama dan baharu dalam proses pengukuhan parti,…