Pemangku Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata 82.5% mangsa adalah wanita.

KUALA LUMPUR: Penipuan ‘Love Scam’ merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga bulan Februari lepas, dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM365 juta.
Pemangku Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata kajian yang dilakukan JSJK mendapati daripada 7,286 kes yang direkodkan, 82.5% mangsa adalah wanita.
Beliau berkata sebagai usaha untuk membanteras penularan kes penipuan itu, JSJK telah melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah komersial melalui Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, bagi memastikan mesej…