Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Situasi di Melaka tak mungkin berlaku di negeri lain, kata Zahid

today30 March 2023

Background


Pengerusi BN itu berkata, apa yang rakyat harapkan ketika ini adalah kestabilan politik.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, suasana politik di negeri lain mungkin berbeza dengan Melaka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penubuhan kerajaan perpaduan di Melaka tidak mungkin berlaku di negeri lain, termasuk Johor, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, situasi di Melaka ketika ini tiada kena-mengena dengan situasi politik di negeri lain.

“Mengapa perlu ada kebimbangan. Sebenarnya, apa yang berlaku di Melaka tidak ada kena-mengena dengan situasi di negeri lain. Ini kerana suasana politik di negeri lain mungkin berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka.

“Saya harap tiada sebarang spekulasi yang wujud sebab yang penting adalah kestabilan politik, bukan saja di peringkat nasional, tetapi kita yakin kestabilan juga perlu diwujudkan di setiap negeri,” katanya menurut Sinar Harian.

Presiden Umno berkata, apa yang rakyat harapkan ketika ini adalah kestabilan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post