Bagaimanapun, menteri pendidikan berkata mana-mana individu perlu membuat permohonan awal dan mematuhi tatacara sebelum hadir ke program sekolah.

PETALING JAYA: Tiada halangan untuk mana-mana ahli politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang untuk hadir atau diundang menyertai mana-mana program dalam kawasan sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Bagaimanapun, Fadhlina berkata mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023, mengenai garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan, lapor Bernama.
“Sebenarnya Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan bagaimana tatacara kemasukan, bukan sahaja kepada orang kenamaan ahli politik…