KPM melalui surat pemakluman sumbangan PIBG pada 15 Sept 2021 memberi peringatan kepada sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan dan pematuhan kepada garis panduan disediakan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau dan memastikan pihak sekolah mematuhi prosedur ditetapkan supaya caj yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM melalui surat pemakluman sumbangan PIBG pada 15 Sept 2021 memberi peringatan kepada sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan PIBG dan pematuhan kepada garis panduan disediakan.
“Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 membenarkan PIBG untuk mengutip apa-apa sumbangan diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada…