Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki putus pergelangan tangan ubah suai mercun masuk ICU

today11 April 2023

Background


Polis berkata, usaha mengesan dan menangkap pengedar dan penjual mercun sedang dilakukan.

Mangsa turut cedera di bahagian badan dan beberapa jari kirinya hancur kerana mengubah suai mercun menggunakan mercun bola dan paip PVC. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang cedera parah di tangan akibat letupan mercun yang diubah suai dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Kuala Nerus kira-kira 3.30 pagi semalam, ketika mangsa berusia 27 tahun itu membuat sendiri mercun menggunakan mercun bola dan paip polivinil klorida (PVC).

“Ia menyebabkan berlaku letupan besar, dan kesan letupan itu, mangsa mengalami kecederaan parah putus pergelangan tangan kanan, beberapa jari kiri hancur serta kecederaan lain di bahagian badan,” katanya, menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, susulan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Tiga tonggak kembali perkuat Chelsea

London: Chelsea menarik nafas lega selepas tiga tonggak utama mereka yang mengalami kecederaan kembali pulih menjelang aksi getir menentang Real Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu awal pagi Khamis ini.

today11 April 2023