Tertuduh didakwa membuat dan menghantar komunikasi jelik dengan menghina Yang di-Pertuan Agong serta menimbulkan isu perkauman di Facebook.

KUALA LUMPUR: Seorang buruh dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik dengan menghina Yang di-Pertuan Agong serta menimbulkan isu perkauman di laman Facebook miliknya.
Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Rahim Abdullah, 49, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama manakala penjara empat bulan bagi tiga lagi pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Rahim didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik berhubung isu perkauman dengan niat…