Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kemuka tuntutan palsu bekal makanan mentah sekolah, 2 individu mengaku tak salah

today13 April 2023

Background


Pengurus Malik Ibrahim, 49 dan Erlina Zulkifli, 40, pembantu pengurusan murid prasekolah didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM52,514.

Tertuduh Malik Ibrahim dan Erlina Zulkifli mengaku tidak bersalah menggunakan invois palsu dalam tuntutan pembekalan bahan mentah asrama sekolah dibuat antara 2015 dan 2016. (Gambar SPRM)

PETALING JAYA: Pengurus sebuah syarikat dan pembantu murid prasekolah mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bahan mentah asrama sekolah membabitkan nilai keseluruhan RM52,514.

Pengurus Malik Ibrahim, 49 dan Erlina Zulkifli, 40, pembantu pengurusan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu di Sebauh, Bintulu didakwa menggunakan invois palsu dalam tuntutan dibuat antara 2015 dan 2016.

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Steve Ritikos, lapor Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan, Erlina didakwa menggunakan lapan invois palsu dikeluarkan Malik atas nama perniagaan Maisuz…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post