Hari ini, MAG memfailkan injunksi supaya aplikasi itu menghentikan menjual tiket Malaysia Airlines.

PETALING JAYA: Batik Air Malaysia menuntut AirAsia Super App segera mengeluarkan atau memadam semua produk dan perkhidmatannya yang dijual tanpa kebenarannya dalam aplikasi itu.
Menurut Batik Air, AirAsia Super App bertindak dengan cara tidak dibenarkan dengan menjual perkhidmatan penerbangan dalam aplikasi itu.
“Batik Air Malaysia tidak pernah memberikan sebarang persetujuan kepada AirAsia Super App untuk menjual dan memasukkan semua perkhidmatan syarikat penerbangan dalam Kumpulan Lion Air dan Super Jet Air dalam aplikasi terbabit,” katanya.
“Sekiranya AirAsia Super App gagal mengambil tindakan untuk mengalih keluar produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan itu dengan kadar segera, kami…