Pengerusi PH negeri Chow Kon Yeow berkata perkara itu akan dimuktamadkan sebelum satu mesyuarat bersama BN minggu depan.

PETALING JAYA: Agihan kerusi bagi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menjelang PRN akan dimuktamadkan petang ini, kata pengerusinya, Chow Kon Yeow.
Beliau yang juga ketua menteri berkata, agenda itu menjadi keutamaan sebelum satu mesyuarat bersama Barisan Nasional (BN) minggu depan.
“Kita akan adakan mesyuarat petang ini untuk saya memuktamadkan keputusan bagi PH sebelum ia dibawa untuk rundingan dengan BN dan Umno.
“Muktamad dari segi apa kita mahu tanding dan apa yang masih boleh rundinglah dengan mereka (BN),” katanya menurut Kosmo.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi MCA Tan Teik Cheng yang mahu rundingan agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN Pulau Pinang mesti melibatkan semua parti komponen BN, Chow berkata isu itu perlu diuruskan oleh BN.
“Hari ini…