Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Punya Jeling, Kita Pula Yang Takut” – Pandangan Tajam Anak Awal Ashaari Curi Perhatian Netizen!

today2 May 2023

Background

Gelagat anak kepada pelakon dan pengacara, Awal Ashaari iaitu Lila Amina sering menjadi perhatian umum dengan telatah comelnya.

Terbaharu, Lila yang kini berusia 2 tahun sekali lagi menjadi perhatian apabila Awal memuat naik sebuah rakaman video di TikTok baru-baru ini.

Menerusi rakaman berdurasi 3 minit itu memaparkan Lila sedang berada di bahagian atas katil dua tingkat dan mahu turun ke bawah dengan sendirinya menggunakan tangga.

Namun, sebaik sahaja Lila mengunjurkan kaki, Awal dengan pantas menegur Lila supaya tidak turun ke bawah sendirian.

Lebih comel, Lila yang tenang di atas katil tersebut sangat terkejut apabila ditegur bapanya lalu kelihatan seolah-olah terpaku sendirian di situ mungkin kerana dimarahi Awal.

Diam seribu bahasa, Lila turut memberi pandangan tajam serta menjeling kepada bapanya malah tetap menuruti arahan bapanya yang meminta untuk dia tidak turun ke bawah.

@awalashaariDia punya jeling.. kita pulak yang naik takut.♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel tersebut biarpun Lila kelihatan sangat garang.

Sehingga artikel ini disiarkan, perkongsian tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan dan lebih 29,000 tanda suka.

Untuk info, anak kedua pasangan popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya itu lahir pada 12 Februari 2021.

Written by: Aqilah


Previous post