Dr Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 iaitu bagi tempoh 22 hingga 29 April lepas menurun sebanyak 5.4% atau 102 kes kepada 1,775 kes berbanding 1,877 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan, berkata dalam tempoh sama, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
“Sehingga kini, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan ialah 36,997 kes, namun merekodkan peningkatan 24,056 kes atau 185.9% berbanding 12,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Radzi berkata dalam ME sama, terdapat 103 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 116 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan 58 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (25) dan…