Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Nampak Macam Lukisan, Comel Sangat” – Neelofa Kongsi Foto Keluarga Sempena Birthday PU Riz… Ramai Yang Geram Dengan Bilal!

today3 May 2023

Background

Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa menjadi perhatian apabila tampil membuat perkongsian di Instagram (IG), hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa memuat naik sekeping foto bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz dan anak lelaki mereka, Muhammad Bilal.

Lebih manis, perkongsian tersebut merupakan ucapan Neelofa sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya pada hari ini iaitu 2 Mei.

“Happy Birthday Zauj (suami dalam bahasa Arab).

“Semoga Allah memberkati dan merahmati umur suamiku. Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik, sentiasa berada dalam keimanan serta ketaqwaan di sisiNya.

“Terima kasih kerana sentiasa menjadi suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab, mengambil berat setiap perkara dan mengisi hidup kami dengan kasih sayang.

“I love you so much & Bilal loves his bababababah too,” ungkap Neelofa.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian adalah ramai yang lebih tertumpu kepada kecomelan Bilal dalam foto tersebut.

Foto tersebut memaparkan Haris dan Neelofa memegang tangan Bilal semasa berjalan ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut dengan menyatakan Bilal sangat comel lebih-lebih lagi berjubah.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 100,000 tanda suka dan lebih 1,100 komen.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal, setahun.

Written by: Aqilah