Adun Larkin Hairi Mad Shah, berkata ribut mengakibatkan bumbung kediaman rosak teruk dan tidak selamat didiami.

JOHOR BAHRU: Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee di sini terjejas akibat ribut petang tadi.
Adun Larkin Hairi Mad Shah, berkata antara kerosakan melibatkan bumbung rumah dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Dewanraya Kampung Melayu Majidee dalam masa terdekat bagi menempatkan penduduk terjejas.
“Ini perlu kerana rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas, jadi kami ambil keputusan buka satu PPS dan galakkan mangsa pindah sementara… Kami akan berusaha dapatkan peruntukan bantuan di peringkat negeri dan pusat.
“Saya sendiri sudah menghubungi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau memberi maklum balas positif berhubung perkara ini,” katanya…