Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amah didera kerja 15 bulan tanpa gaji, kata duta

today4 May 2023

Background


Duta Besar Indonesia berkata wanita itu memasuki Malaysia pada Februari tahun lalu ketika sempadan kedua-dua negara masih ditutup.

Duta Besar Indonesia Hermono berkata pihaknya mahu memastikan mangsa mendapat pampasan sewajarnya, dan penderanya diadili.

PETALING JAYA: Pembantu rumah warga Indonesia yang diselamatkan polis baru-baru ini langsung tidak dibayar gaji sejak mula bekerja dengan majikannya, 15 bulan lalu, kata Duta Besar Indonesia Hermono.

“Pemeriksaan mendapati, selain tidak dibayar gaji, wanita itu juga dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi prosedur.

“Rekod menunjukkan dia memasuki Malaysia pada Februari tahun lalu ketika sempadan kedua-dua negara ditutup akibat pandemik Covid-19. Kami mengendalikan banyak kes pembantu rumah memasuki Malaysia ketika tempoh itu menggunakan MyTravelPass,” katanya kepada FMT.

Hermono berkata kes itu sekali lagi mendapat perhatian saluran media utama di Jakarta selain tular di media sosial, mencetuskan kemarahan warganet di situ…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: K. Parkaran


Previous post