Jabatan Alam Sekitar mahu kualiti air, kelodak dan air larian permukaan dipantau rapi hingga projek penambakan selesai.

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menyiarkan 71 syarat dikenakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kelulusan bersyarat yang diberikan untuk projek Pulau Pinang Selatan (PSI).
Syarat itu diterbitkan di laman sesawang Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC).
PIC adalah badan khas ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek penambakan dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Semakan FMT mendapati JAS mengarahkan PIC memantau beberapa aspek berkaitan dengan kerja penambakan setiap bulan sehingga ia selesai.
Ini termasuk memeriksa kualiti air di empat sungai bersebelahan dengan tapak projek dan garis pantai sepanjang tapak projek perlu dipantau setiap tiga bulan sepanjang tempoh penambakan.
Laporan dihasilkan daripada kerja…