Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Legenda sepak takraw Adnan Saidin meninggal dunia

today15 May 2023

Background


Bekas raja sepak takraw Asia itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah minggu lalu, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Bekas raja sepak takraw Asia, Adnan Saidin meninggal dunia pada usia 66 tahun akibat jangkitan paru-paru.

PETALING JAYA: Legenda sepak takraw negara yang pernah dinobatkan pemain terbaik dan raja sepak takraw Asia, Adnan Saidin menghembuskan nafas terakhir pagi ini pada usia 66 tahun.

Berita Harian melaporkan Adnan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah di Alor Setar sejak minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-parunya, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 6 pagi tadi. Solat Jenazah akan diadakan selepas Zohor di Surau Kampung Padang, Batu 2 Tandop di Alor Setar.

Adnan yang mewakili negara dari 1980 hingga 1986, terkenal dengan libas pari di posisi apit kiri dan kerap digandingkan dengan Shukri Ismail (apit kanan atau pengumpan) bersama Azman Ismail (tekong).

Mereka pernah menjulang Piala Emas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Arteta mohon maaf prestasi buruk Arsenal

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memohon maaf atas kekalahan pasukannya 0-3 di tempat sendiri kepada Brighton sekali gus membenarkan Manchester City di ambang untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

today15 May 2023