Polis sedang mengesan individu menularkan video mendakwa kes culik di sebuah pasar raya di Rawang.

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan dua klip video di laman sosial mendakwa berlaku kejadian culik di Pasar Raya Lotus Bukit Sentosa, Rawang, semalam.
Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata video bertajuk “Yang mana PM myhuluselangor tanya kes dekat Lotus Bukit Sentosa” yang tular sejak 9 pagi tadi itu sebenarnya merupakan kes curi di dalam pasar raya berkenaan melibatkan seorang suspek lelaki berumur 33 tahun yang ditahan orang ramai.
“Polis sedang mengesan individu yang menularkan video berkenaan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau…