Bagaimanapun, jabatan pendidikan itu enggan memberi maklumat lanjut mengenai siasatan tersebut.

PETALING JAYA: Jabatan pendidikan Sarawak menyiasat seorang guru sekolah menengah yang didakwa menumbuk seorang pelajar perempuan, awal bulan ini.
Pegawai aduan jabatan tersebut, Helmi Isa, berkata setiap aduan akan dilayan secara adil.
“Siasatan sedang berjalan ketika ini,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Helmi tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai status kes tersebut kerana kes siasatan itu sulit.
Pada 10 Mei, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai “Annisa” mendakwa adik perempuannya ditumbuk di muka oleh seorang guru kerana memakai baju Melayu ke majlis Aidilfitri di sekolah.
Keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis, selain mendesak jabatan pendidikan negeri…