Yadim berkata menerusi cadangan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja bagi menjamin gerak kerja penguatkuasaan lebih tersusun dan tegas tanpa mengenepikan hak orang lain.

PETALING JAYA: Langkah kerajaan mempersembahkan cadangan pengukuhan dasar berhubung kalimah “Allah” kepada Majlis Raja-Raja bertujuan membetulkan “kekeliruan”, sama ada dari sudut penguatkuasaan mahupun kebebasan orang bukan Islam dalam mengamalkan agama masing-masing.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Hasanuddin Mohd Yunus, berkata ia selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Katanya, melalui cadangan itu, gerak kerja penguatkuasaan akan lebih tersusun, selain tegas dan jelas tanpa mengenepikan hak serta kebebasan individu bukan Islam.
“Kita tak boleh…