Pasangan itu menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir hari ini.

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun semakin hampir merangkul kejuaraan sulung Super 500 mereka pada final Malaysia Masters 2023 selepas menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir hari ini.
Pada perlawanan terakhir di Arena Axiata, aksi gandingan Malaysia sukar diatasi pada awal permainan apabila mendahului dengan kelebihan tujuh mata dan berjaya menangkis serangan pilihan kelapan kejohanan untuk memenangi set pembukaan 21-17.
Set kedua menyaksikan kegigihan dan semangat juang Wei Chong-Kai Wun apabila mereka berusaha menyamakan kedudukan 4-4 selepas ketinggalan 1-4 serta mendahului lawan…