Pemimpin Bersatu berkata Umno perlu sedar parti itu hanya pelengkap, bukan ‘tonggak utama’ kerajaan perpaduan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu membidas Presiden Umno Zahid Hamidi yang meminta Abdul Hadi Awang “tidak perasan” ada pihak akan menawarkan PAS menyertai kerajaan perpaduan.
Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, menyifatkan Zahid “menggelupur” kerana bimbang kedudukan Umno dalam kerajaan perpaduan.
Razali mendakwa, “orang tertentu” dimaksudkan Hadi sebelum ini merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Saya nampak Zahid menggelupur dan gelabah selepas Anwar memberi tawaran kepada PAS. Zahid sudah boleh baca, politik Anwar di mana Umno tidak boleh dipercayai.
“Anwar tahu kerajaan perpaduan ini tidak kuat dan sebab itu ‘sentiasa jemput PAS’,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Zahid meminta Hadi tidak…